Blogger Backgrounds

Pages

Khamis, 31 Mac 2011

Jom kite gi spa....(macam baguih je aku)..haha

Assalamualaikum..
huhu..dah lama tak update kan..saya memang pemalas..Saya rajin nak baca aje.(lagi-lagi bride 2 be,psst..baru hari ni aku tahu pasal brazillian wax, cube teka ape) Kalau bab mentype ni memang pemalas.Mungkin sebab tu BM saya dapat B aje dalam spm kan..hehe..
Saya nak citer pasal pegi spa kali ni..(perkembangan baru ni tau)

Sebenarnya nak buat rawatan muka,sauna, mandi bunga, mandi susu adalah impian aku sejak sekolah dulu. Aku suke tengok Nona dulu sebab nak tengok rawatan-rawatan ni. Kalau tengok tv, tengok org tu diurut aku pulak yg rase macam lega..bestnye(dalam hati jelah kan). So,bile saya dah meningkat 23 tahun, (tibe-tibe guna bahasa sopan, dah 23 lah katekan) saya pon mula memberanikan diri menjejakkan kaki saya ke spa. Salah satu faktor buat saya pegi sana mungkin sebab spa muslimah yang aku pegi tak jauh dari tempat keje aku, so apelagi..merayau lah kan..haha..

Setakat ni dah 3 kali aku masuk. Mula-mula dulu aku masuk sebab buat facial ngan foot bath. Mula-mula buat facial., dalam kepala otak ingatkan best sampai akhir, tapi ade gak part sakit...mangaiiii berair mata kot nak tahan sakit jerawat nak ken picit,tapi lepas tu memang licinlah muka ku ni. Facial tu amik masa dalam 1 jam, lepas tu aku angkut barang buat foot bath..wahhh,syiokkkk kaki remdam ngan air panas.lepas tu ade org urut..cuba bayang kenikmatan tu...best gilerlah...sumenye dalam RM110..hehe..

Kali ke dua aku masuk sebab nak buat rawatan resdung sebab waktu first time datang akak tu kate aku banyak resdung, so suruh aku buat rawatan resdung.
Aku pon pegilah. Sampai sana, aku ingat nak buat rawatan yg dia galakkan 3 kali setahun tu,tapi disebabkan sedih tak de basuh muka jadi aku amik pakej 15 hinggit yang pakai asap tu..Asalkan ade basuh muka, baru beshhh...Tapi bile kuar tu,akak tu bodek punya bodek aku sampai last2 aku amik pakej RM188 hinggit..Dalam pakej tu ade resdung asap,resdung 3 kali setahun tu dan facial muka..Aku pon amik lah yg tu lastnye..anisha..anisha..(sambil geleng-geleng kepala).Sekarang ni aku ada 1 lagi rawatan dalam pakej tu..sayang lak nak buat..haha..

Sekarang aku nak cite pasal spa muslimah yang aku pegi..kalau nak tahu lebih lanjut click sini ye. Ok sekarang aku citer dari pandangan aku sebagai seorg customer yg dah 3 kali masuk dalam tu. Aku rasa ianya ok.dari layanan best. Boleh dikatakan bolehlah untuk orang yang budget-budget macam aku..Salah satu rawatan resdung asap tu, 35 hinggit untuk 2 kali cuci, asap yg guna dekat 7 batang lilin tu, masker an scrub tu. Paling bagus waktu buat tu, diorang akan pasang zikir-zikir..so,rasa tenang je..sesuai untuk kite muslimah ni kan..so, selamat mencuba hokeyy..

aku teringin nak mandi bunga..teringin masuk dalm ni..intai-intai gak kat spa tu..

dekat giant ampangan lagi cantik..Ala-ala dalm rimba

muke lepas kene facial..oklah sikit..
Itulah NUR ANISHA OMAR, boros untuk bende-bende alah macam tu. Lagi 1, aku selalu guna duit untuk rawatan kaki dan rawatan kuku kaki sebab kaki aku bak kate mak usu "KAKI MACAM TIANG JAMBAN"..ERKKKK..HAHA..

Jumaat, 18 Mac 2011

Kari kepala ikan

nilah dia rupenye..kalaulah dengan kari ni leh pujuk dan beri ilham kat mamat khalid buat citer macam kak limah balik umah, saya sanggup masakkan untuk dia..kihkihkih



Assalamualaikum...

ha, ari ni mari kite belajar masak ok..KARI KEPALA IKAN.refresh balik. Hari ni mak tiri saya masak lauk ni tapi tengahari diorg tak makan kat umah sebab makan kat kenduri kawen, tapi saya tak ikut. Secara automatik, saya yang akan balun dulu. Yang lain tak balik, so, jadi anak tunggal k minggu ni.oklah, tanpa buang masa saya akan memberitahu resipi yang saya refresh sudah ini..

Bahan-bahan
Minyak
Bawang merah 4 ulas untuk hiris
Bawang putih 3 ulas untuk hiris
halia besar ibu jari hiris
Bawang besar setengah  ulas untuk hiris
Bawang merah 4 ulas untuk tumbuk
Bawang putih 3 ulasuntuk tumbuk
halia (besar2 setengah jari kelingking,hamik ko bayangakn)untuk tumbuk
jintan kasar dalam secubit
ketumbar dalam 20 biji
lada hitam dalam 10 biji.
serbuk kari ikan(babas dalam paket tu,berlambak kat kedai)
daun kari
kepala ikan dalam 2 kerat
terung dalam 2 batang dipotong pendek-pendek ye
asam jawa dalam segenggam
penumis(cuba tanye mak-mak ye ape bahan ni, nanti saya try uploadkan)
santan

Cara-cara
  1. Mula-mula amik batu lesung,bukan nak masukkan batu lesung,tapi tumbuk halia,jintan,ketumbar dan lada hitam sekali. Tumbuk sampai hancur. Bayangkan anda tengah geram dengan seseorang dan anda tengah tumbuk2 dia sampai lumat.
  2. Bile dah lumat bahan-bahan tu(halia,lada hitam,jintan dan ketumbar), masukkan pulak bawang merah 4 ulas, bawang putih 3 ulas dan tumbuk sekali dengan bahan tadi sampai lumat (bayangkan sekali lagi anda tengah marah seseorang).
  3. Lepas tu, amik kuali atau periuk ye, Panaskan minyak dalam secawan.
  4. sambil panaskan tu, bahan-bahan yang dalam batu tumbuk tu, campurkan dengan sepeket serbuk kari dan air asam, gaulkan sampai sebati.

Dah start part dalam kuali sekarang ye
  1. Panaskan kuali, tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia.(yang untuk hiris ye)
  2. Masukkan daun kari, penumis dan bahan-bahan dalam batu tumbuk tadi ye
  3. Lepas dah garing kari, dah naik baunye, masukkan santan sedikit.
  4. Bagi dia mendidih lama-lama dan sampai pecah minyak and then masukkan terung tadi ye.
  5. Bile terung dah nampak sikit layu, masukkan air asam lagi dan sedikit air.
  6. Tunggu dalam 10 minit dan kacau(kalau tak kacau dia melekat bawah tu), dan bagi dia mendidih lama sikit(gulai-gulai ni makin lama mendidih,makin sedap dan makin tahan lama tau,petua ni)
  7. Masukkan garam, gula dan kepala ikan tadi.
  8. Tunggu dalam 10 ke 15 minit nak bagi ikan masak,dan mendidih. Rasalah samaada sedap or tak. Kalau boleh agak-agak, rasa masin biar lebih sikit je sebab kalau kurang masin nanti makan dengan nasi dia jadi tawar.
Macamtulah gamaknye, Selamat mencuba ye semua...Lagi-lagi yang nak mendirikan rumahtangga. Lagi-lagi yang nak kawen ngan Orang kedah ye..hehe..

Selasa, 15 Mac 2011

Menang kalah pasukan bola sepak

Assalamualaikum semua.Selamat pagi ye. Hari ni bangun awal dan malas nak tido sebab keje sekolah banyak nak buat sampai saya sendiri tak tahu nak mula dari mana ni. Tapi saya nak hantar gambar-gambar budak sunflower dulu kat kak nurul. Kesian kak nurul dah lama bebenor nunggu. Ok, kembali kepada tajuk asal
MENANG KALAH PASUKAN BOLA SEPAK..
Ok, sebenranya saya terfikir nak buat citer ni sebab melihatkan prestasi pasukan bola sepak negeri sembilan yang merudum baru-baru ni. Lebih banyak kalah dari menang berbanding 2 musim lepas dimana kite 2 kali berturut-turut ke Bukit Jalil. Meriah kan????..Tapi musim ni lain sikit. Bagi saya dari mata orang perempuan yang tak berapa celik tang bola, tapi penyokong bola sepak N9 memang perkara ni agak merunsingkan. Namun mungkin perempuan tak seperti lelaki yang agak fanatik. Maksud saya, kadang-kadang saya simpati ngan pemain bola sepak

BILA MENANG DISANJUNG, BILA KALAH
DIMAKI..


Saya penah tengok bola dengan family dan relatives, bile gol yang dijangkakan masuk tak masuk, mulalah perkataan yang kurang baik keluar..Pemain bola tu jugak balik yang kene.kesian,kesian,kesian...Saya sungguh simpati.Tapi cuba kalau menang, dekat media sampai berminggu-minggu keluar berita, dekat lapangan terbang ramai tunggu. Kalau kalah, yang ado.Saya fikir sebab tu ramai ibu bapa tak kasi anak-anak diorang jadi pemain bola kan.

Apepun kembali kepada cerita pasukan bola sepak, saya rasa dari pandangan saya mungkin pemain-pemain dalam pasukan masih belum dapat menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan. Yelah, ramai yang keluar masuk musim ni. Antara pemain dari pasukan lain hairuddin omar dan ade beberapa orang lagi.
Ade pemain yang sudah lama berada di N9 berhijrah ke pasukan lain, Rezal Zambry dan pemain yang chinese tu,lupa lah nama. Jadi, kesimpulan yang boleh saya buat, mereka baru dan masih mencari keserasian dalam pasukan. So, pemain n9 jangan mengalah ok, teruskan perjuangan. Biasalah nasib malang datang sekali sekala tapi jangan terlalu lama. Cepat bangkit demi penyokong-penyokong anda yang setia turun ke STAR untuk menonton,(kalau harap aku tunggu tv aje lah ye).

DO THE BEST K..CHAIYOK!!!

                                                                       ANISHA : 2011


Waktu n9 menang Piala Malaysia, aku tengok dari ganu, ramai orang kelantan tau kat sana
masuk radio. dah menang kan. takkan nak panggil pasukan kalah kot gelak-gelak
pemain yang aku minat, zaquan dan aidil.tapi dua-dua kah kawen, tak pe anak buah diorang hensem tau.
tutup muka dek malu tu.tapi kira ok lah dari yang bakar-bakar sini sana tu..opps, no komen

Isnin, 14 Mac 2011

Selamat Pengantin Baru kak Liza (conclusion)

Siap ade conclusion ko..hehe..sebenarnya entri ni untuk keseluruhan dari ape yang saya perhatikan waktu majlis..yelah, perkara-perkara yang perlu ada dalam majlis kawen..tapi dapat sikit sebab lupa nak amik gambar makanan dia lah.Makanan memang meletop..malam tu nyesal aku tak amik banyak.ade ke patut aku amik sikit, nak tambah malu.lauk dia gulai labu, sambal petai, telur asin..memang mantopppppppppppppp...esoknye aku paling gilerkan gulai nangka..waduhhhh,memang tak leh tahan dari nak tambah lagi lah..jom kite intai and preview balik..

hantaran kawen, lagi sebelah pihak tak sempat nak amik gambar
pengantin perempuan yang kene duduk sopan baek-baek ye..hehe
upacara batal air sembahyang
barang kemas ape nak guna,ade yang guna cincin, ade yang gelang..gelang kaki leh???
bunga api..cantik,tapi majlis aku tak ade kot sebab aku penakut bende alah ni.
pelamin yang tersergam indah
pengantin dan pengapit yang bersanding di atas pelamin
baju sanding : tema,coklat gold
hadiah yang banyak..hadiah kak liza ni 1 kete pon tak muat


pintu gerbang yang cantikk



Selamat Pengantin Baru kak Liza.(part 2)

ok..ni nak sambung pulak untuk ke 2 punya.

Ahad (13.3.2011)

Hari ahad ni hari persandingan pulak..bak kate orang hari kemuncak. Tetamu memang ramai sebab majis ni dibuat untuk kedua-due belah pihak. Sekali lelaki dan perempuan punya pihak. Aku memang penat,tapi best sebab dah lama tak jumpa keluarga belah arwah mak kan. Tu yang syok. Tapi kan, aku memang sedih sikitlah sebab banyak orang yang kenal dan ingat aku waktu aku kecik, aku yang dah lupa.Seperti biasa,alasan kami, alah tak perasan lah pulak..haha.. Kitorang tido umah along malamnya tu..best,bukak aircond tau..tapi kul 3 pagi aku dah macam lemas dah kesejukan..terus tutup..sambung balik, esok kitorang bertolak dalam pukul 9 pagi, sampai sana, orang rumah still x mandi lagi..hehe.Duduk lebih kurang, kitorang terus gerak ke dewan. Aaku bertugas menjadi penyenduk lauk..sebenarnya aku cuak amik tugak ni..yelah, kalau aku,jujurnye x suke kalau orang amikkan sebab rasa macam tuan rumah sukat pulak kite nak makan berapa banyak, tapi maybe dah adat kat situ kot..(teringat masa ketamakan di rembau nak makan gulai rebung banyak,last2 keluar sume air hidung aku sebab pedas)..pukul 1.30 perantin pon sampai..cantik baju dia..aku memang admire lah baju kak liza waktu tu..and kul 2 aku dah rasa penat yang amat sampai ade sorang tetamu tu marah kot kat aku sebab aku tak dengar dia kata nak ubi kentang..adoii,mintak maap pak cik.lepas kul 2,aku gi solat zuhur(solat jangan lupa k)..And then, aku sambung balik turun dewan and tolong ape yang patut..mula-mula nak balik petang,tapi sebab nak kejar lauk pengantin,kitorang stay sampai lepas mahgrib..best dapat borak-borak..lepas makan,kitorang balik semban...


Gambar kenang-kenangan dengan raja sehari


 
puteri sejinjang dengan puteri arab

nasib baik x hujan..tapi korang memang the besh
dari kiri : pakndak, saya, dato' seri utama syazwan, bangzeli
semestinye gambar di atas pelamin setelah majlis selesai
lauk pengantin yang sempat dibaham sebelum pulang ke seremban
Ok,tulah sekian dari NUR ANISHA OMAR

Selamat Pengantin Baru kak Liza.(part 1)

Assalamualaikum semua...

Dah lama tak tulis kan..hari ni terasa nak tulis balik lah. Hari ni nak bercerita pasal majlis perkahwinan kak liza..Alah,kak liza yang comel-comel tu..anak pakndak kl. So, saya akan cerita peringkat demi peringkat.Bak kata omputih, flow by flow..(isnin dopan start speaking balik).

Jumaat (11.3.2011)

Kitorang keje, so tak de pegi umah pakndak.Keje seperti biasa, menghadap kanak-kanak kecik tu balik.

Sabtu (12.3.2011)



Sabtu ni, kitorang still blurr-blurr. Sebab kete ade 2, kete abah and kete bang muk. Aku ingat, aku and angah akan naik kete abah and pegi umah orang kawen kat shah alam dulu, tapi pagi tu lepas bincang lain pulak. Peninglah nak citer. Pendek citer, lastnya kami berlima naik kete bangmuk(dah macam iklan milo pek padat tu pulak). Abah bertolak dari umah pukul 11 pagi, aku ingat kitorang akan bertolak pukul 12, tapi dia(akulah) boleh buat lempeng lak lepas abah pegi..hehe..tengok hindustan bagai siaplah.tup tap tup tap, pukul 3 petang kitorang bertolak. Along dah berkali-kali call, tapi adik-adiknya masih tak gerak. Perjalanan ni paling lama aku rasa sebab mengambil masa 3 jam untuk sampai kl. Ish3, geleng kepala..mana taknya, lepas jemput ela, siap berhenti kat taman pulak makan mc donald, inilah kanak-kanak tanpa awasan ibu bapa..hehe..and tup tap tup tap,sampailah kl umah pankdak pukul 6 petang. Malam tu kak liza nikah, so, kitorg decide nak mandi kat masjid. Gerak keluar umah pakndak kul 7, siap pegi giant beli hadiah perantin dan hasilnya lepas tu, masing-masing cuak kalau tak sempat solat maghrib..nasib baik kerajaan Malaysia ni sediakan banyak masjid tepi jalan. Sampai masjid,disebabkan nak cepat, pintu kete bangmuk pon tak sempat tutup..hehe..and lepas solat maghrib, mandi,solat isyak, make up bagai..sampailah surau tempat kak liza nikah dalam pukul 9 kot..nasib baik sempat tengok kak liza nikah..alhamdulillah,sume selamat...

kami...

suhaila ke ni?
pengantin perempuan : Norazliza Mokhtar
pengantin perempuan berdebar-debar jugak
acara batal air sembahyang
ni saat-saat aku tunggu..touching lepas nikah tu..diorang katelah.
boleh tak bile turn aku nanti nak guna gelang kaki,baru nampak bergaya dan berkuasa
insan-insan kurus dalam family,yg lain yang ado
family pak usu..yang rapat dirapatkan lagi
<>
Suwella



Assalamualaikum

Hai sume..dah lama tak post ape-ape kan..penatlah..tak de mood nak menulis..ayoyo..apepun,nak maklumkan.ahad lepas,cousin saya tersayang kawen..so,saya gi umah mereka..alhamsulillah,sume berjalan lancar..tahniah kak liza and abang taufik..SELAMAT PENGANTIN BARU..MOGA BAHAGIA DUNIA AKHIRAT ...hehe