Blogger Backgrounds

Pages

Jumaat, 18 Mac 2011

Kari kepala ikan

nilah dia rupenye..kalaulah dengan kari ni leh pujuk dan beri ilham kat mamat khalid buat citer macam kak limah balik umah, saya sanggup masakkan untuk dia..kihkihkih



Assalamualaikum...

ha, ari ni mari kite belajar masak ok..KARI KEPALA IKAN.refresh balik. Hari ni mak tiri saya masak lauk ni tapi tengahari diorg tak makan kat umah sebab makan kat kenduri kawen, tapi saya tak ikut. Secara automatik, saya yang akan balun dulu. Yang lain tak balik, so, jadi anak tunggal k minggu ni.oklah, tanpa buang masa saya akan memberitahu resipi yang saya refresh sudah ini..

Bahan-bahan
Minyak
Bawang merah 4 ulas untuk hiris
Bawang putih 3 ulas untuk hiris
halia besar ibu jari hiris
Bawang besar setengah  ulas untuk hiris
Bawang merah 4 ulas untuk tumbuk
Bawang putih 3 ulasuntuk tumbuk
halia (besar2 setengah jari kelingking,hamik ko bayangakn)untuk tumbuk
jintan kasar dalam secubit
ketumbar dalam 20 biji
lada hitam dalam 10 biji.
serbuk kari ikan(babas dalam paket tu,berlambak kat kedai)
daun kari
kepala ikan dalam 2 kerat
terung dalam 2 batang dipotong pendek-pendek ye
asam jawa dalam segenggam
penumis(cuba tanye mak-mak ye ape bahan ni, nanti saya try uploadkan)
santan

Cara-cara
  1. Mula-mula amik batu lesung,bukan nak masukkan batu lesung,tapi tumbuk halia,jintan,ketumbar dan lada hitam sekali. Tumbuk sampai hancur. Bayangkan anda tengah geram dengan seseorang dan anda tengah tumbuk2 dia sampai lumat.
  2. Bile dah lumat bahan-bahan tu(halia,lada hitam,jintan dan ketumbar), masukkan pulak bawang merah 4 ulas, bawang putih 3 ulas dan tumbuk sekali dengan bahan tadi sampai lumat (bayangkan sekali lagi anda tengah marah seseorang).
  3. Lepas tu, amik kuali atau periuk ye, Panaskan minyak dalam secawan.
  4. sambil panaskan tu, bahan-bahan yang dalam batu tumbuk tu, campurkan dengan sepeket serbuk kari dan air asam, gaulkan sampai sebati.

Dah start part dalam kuali sekarang ye
  1. Panaskan kuali, tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia.(yang untuk hiris ye)
  2. Masukkan daun kari, penumis dan bahan-bahan dalam batu tumbuk tadi ye
  3. Lepas dah garing kari, dah naik baunye, masukkan santan sedikit.
  4. Bagi dia mendidih lama-lama dan sampai pecah minyak and then masukkan terung tadi ye.
  5. Bile terung dah nampak sikit layu, masukkan air asam lagi dan sedikit air.
  6. Tunggu dalam 10 minit dan kacau(kalau tak kacau dia melekat bawah tu), dan bagi dia mendidih lama sikit(gulai-gulai ni makin lama mendidih,makin sedap dan makin tahan lama tau,petua ni)
  7. Masukkan garam, gula dan kepala ikan tadi.
  8. Tunggu dalam 10 ke 15 minit nak bagi ikan masak,dan mendidih. Rasalah samaada sedap or tak. Kalau boleh agak-agak, rasa masin biar lebih sikit je sebab kalau kurang masin nanti makan dengan nasi dia jadi tawar.
Macamtulah gamaknye, Selamat mencuba ye semua...Lagi-lagi yang nak mendirikan rumahtangga. Lagi-lagi yang nak kawen ngan Orang kedah ye..hehe..

Tiada ulasan: