Blogger Backgrounds

Pages

Jumaat, 25 November 2011

cemburu..ape tu????

saya cemburu??saya tak pernah cemburu lah..ego ke saya kalau saya kate saya tak cemburu....saya mana penah cemburu..saya tak cemburu lah!!!!!!!!!!!!!!!!!!...mungkin sikit ade cemburu...


Biarlah mereka bahagia..sudah lama mereka menunggu cinta,sudah lama mereka memohon pada yang ESA..biarlah mereka bahagia kalau ade jodoh dari-Nya....biarlah kebahagiaan dalam hidup mereka...


saya???masih takut dihampiri cinta?mengapa?biarlah saya yang tahu mengapa dan kenapa.Pernah saya berharap moga tiada jodoh menghampiri saya walaupon tak dinafikan di hati penuh kesunyian. Pernah saya merancang akan bermanja dengan anak buah yang ada dan meletakkan sasaran  rumah kebajikan bagaimana yang saya ingin duduki jika umur sampai hari tua kelak..penah saya merancang tinggal di rumah sendiri, berseorangan sehingga umur menjelang senja.

Dan kerana itu saya tiada hati sangat membicarakan tentang cinta dan jodoh secara lebih mendalam, cukuplah sekadar mukadimah dan hanya guarauan semata sambil bibir tersenyum mesra dan membayangkan JIKA ade peneman hati...tapi cukuplah saya kate, saya hanya berminat sedikit sahaja dan jika diminta membincangkan secara lebih mendalam dan serius, saya akan terus cube mengelak..

kenapa???biarlah saya yang tahu mengapa??mungkin antara sebabnye ketiadaan bonda tercinta..

mungkin orang kate ia masaalah kecil,tapi biarlah saya yang tahu dan fikir apekah yang berada dalam sanubari saya mengahdapi semua itu tanpa bonda tercinta...

tapi saya manusia biasa, kadangkala cemburu pada yang ada,kadangkala teringin pada yang tiada...

cukuplah sekadar itu luahan hati yang ada.

saya hanya mampu merancang, cuba megelak tapi saya tahu Allah yang tentukan..

p/s : eermm,kepada yang  bakal mendirikan rumahtangga semoga bahagia hendak-Nye  dan kepada siapa yang menemui cinta dan jodoh anda, moga bahagia ke destinasi seterusnya...


saya tak pernah bercinta walaupon usia menjelang 24..orang kate cinta itu indah,cinta itu menyakitkan..tapi satu yang saya yakin cinta yang kekal adalah cinta kepada pencipta iaitu Allah s.w.t

opss,meja saya bukan belakang tu...

Tiada ulasan: